Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam saya berkesempatan meninjau di sekitar kawasan pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Pengkalan Kubor. Pada 25 Sept. 2014, penduduk di situ akan mengundi dalam PRK, berikutan kematian wakil rakyat di kawasan tersebut.
Dari Kota Bharu, jalan menuju ke Pengkalan Kubor agak sibuk. Apabila masuk sahaja ke DUN Pengkalan Kubor, di sepanjang jalan meriah dengan poster, banner dan khemah parti-parti yang bertanding.
Kepada penduduk-penduduk di Pengkalan Kubor, selamat keluar mengundi pada hari Khamis, 25 Sept. 2014.
SZ; in sha Allah, 25 Sept. 2014-Cuti Peristiwa di negeri Kelate. So...cuti-cuti di Malaysia.