Quantcast
Channel: LagunaMerbok
Viewing all articles
Browse latest Browse all 692

Feri dan The Big Bad Wolf..

$
0
0
 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan blogger dan silent reader? Maaf lama tak bersua di alam maya...

Alhamdulillah pada minggu lepas saya berkesempatan berkunjung ke Pulau Pinang. Biasanya saya akan melalui Jambatan Pulau Pinang. Pada Jumaat lalu, sengaja saya menaiki feri. Dah lama tak naik feri ni..Zaman belajar kat USM dulu, selalulah saya naik feri...tapi dulu selalu duk kat tingkat atas sebab tak bawa kenderaan. Tambang feri masa tu pun murah jer..

Pemandangan Pulau Mutiara (Pulau Pinang) dari atas feri. 
Subhanallah....laut Selat Melaka terbentang luas. Dari jauh kelihatan bandaraya Pulau Pinang. Tahukah bangunan apa yang paling tinggi di Pulau Mutiara? Nun...dalam foto di atas.

Feri baru mula bertolak dari Pengkalan Sulatan Abdul Halim.
Feri memang menjadi alat pengangkutan utama khususnya kepada mereka yang selalu berulang-alik dari Butterwoth ke Pulau Pinang. Selain tambangnya murah, ia juga menjimatkan petrol dan dapat menikmati keindahan alam. Cuma....elakkan naik feri waktu genting khasnya waktu pergi dan balik kerja.

The Big Bad Wolf Book Sale di Penang Times Square.
 Sampai di Pulau Pinang saya teruskan perjalanan ke Penang Times Square yang terletak tidak jauh dari KOMTAR. Ini kali pertama saya sampai ke sana. Di sana telah berlangsung The Big Bad Wolf Book Sale Penang yang bermula dari 13 hingga 23 Mac 2015. Dah abislah..kalau yang belum pi..
Orang ramai sedang meninjau dan membeli buku-buku yang dijual.
Banyak buku-buku terutamanya yang berbahasa Inggeris dilelong di sana. Memang berbaloi....

So...setakat ini dulu. Jumpa lagi..

Viewing all articles
Browse latest Browse all 692