![]() |
Kolej Matrikulasi Kelantan |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah....akhirnya permohonan saya untuk bertukar ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) telah dilluluskan. Saya telah melapor diri dan bertugas di KMPP pada 23 Mei 2016 yang lalu.
Setelah hampir dua tahun saya berulang-alik dari Laguna Merbok ke Selising, akhirnya saya dapat tinggal bersama keluarga semula.
Kini saya berulang-alik dari Laguna Merbok ke KMPP di Pongsu Seribu, Pulau Pinang yang terletak lebih kurang 32 km.
![]() |
Dewan Al-Farabi, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang |
Terima kasih kepada saudara mara dan rakan-rakan yang turut berdoa agar urusan saya dipermudahkan.
Banyak pengalaman yang saya lalui di Kelantan, namun oleh kerana kesibukan dan faktor-faktor tertentu, ia tidak sempat saya kongsi di blog ini.
In sha Allah saya akan terus berblogging dan berkongsi cerita.
TERIMA KASIH!