Alhamdulillah.. Syukur kepada Allah hari ini saya menerima suntikan dos kedua Vaksin Sinovac di Pantai Laguna Merbok Hospital.
Proses menerima suntikan pada hari ini sangat cepat dan selepas selesai waktu menunggu post vaksin, saya dibenarkan balik.
Alhamdulillah..sehingga waktu ini tiada kesan sampingan atau komplikasi akibat pengambilan vaksin ini.
Terima kasih kpd PLMH dan Pharmaniaga yang meng'email' sijil digital pemvaksinan 'myprivatevaccine' pada hari yang sama. Cuma 'mysejahtera' saya belum lagi dikemaskini sejak menerima suntikan dos pertama pada 16 Ogos yang lalu. Saya diberitahu sistem 'mysejahtera' akan dikemaskini dalam tempoh 2 minggu selepas suntikan yang kedua.
Dengan kecanggihan sistem yang ada sekarang, sepatutnya sistem 'mysejahtera' penerima vaksin di premis kerajaan atau swasta, sama ada percuma atau berbayar dikemaskini dalam tempoh yang lebih singkat.