Quantcast
Channel: LagunaMerbok
Viewing all 692 articles
Browse latest View live

Raya Korban di Laguna Merbok.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan-rakan semua? Moga sihat. Jangan terlebih makan. Almaklumlah Aidil Adha ni ramai yang buat korban. So...banyaklah makanan berasaskan daging. 


 Kat Laguna Merbok hari ni cukup meriah. Dari pagi tadi ramai muslimin dan muslimat warga Laguna mengunjungi Surau Andalusia untuk program Qurban dan Aqiqah anjuran Masjid Andalusia.


Lapan ekor lembu dan seekor kambing telah disembelih. Seronok sangat tengok suasana pagi tadi. Semuanya dibuat secara gotong-royong. 


Daging-daging telah diagihkan kepada pihak-pihak yang berkenaan. Selain itu, warga Laguna juga menikmati masakan yang cukup sedap iaitu nasi berlaukkan kurma kambing, gulai daging dan masak kicap daging hasil masakan chef-chef terbaik di Laguna.


Bagaimana dengan Raya Korban di tempat anda?



Kisah Pisang Benci.

$
0
0

Sekadar berkongsi

Pisang Benci....

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! ia itulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis.

Sumber; WhatsApp group

Wordless Wednesday!

Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Utara 2013.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya menyertai Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Utara 2013 bertemakan Inovasi & Kreativiti di Kangar,  Perlis.

Seminar 2 hari ini melibatkan pembentangan kertas kajian oleh pensyarah-pensyarah terutamanya dari kawasan utara. Saya hanya terlibat sebagai peserta sahaja.

Banyak juga input baru yang saya dapat hari ni.
Lepas seminar nanti tak tau lagi nak ke mana...
Ada cadangan tempat menarik kat Perlis ni?

Samsung Galaxy S3 Retak Seribu.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Maaf kerana lama tidak bersua di ruang siber. Apa khabar rakan-rakan semua? Sebenarnya telefon Samsung Galaxy S3 saya yang kerapkali digunakan untuk membuat entri blog telah retak seribu. Telefon ini telah terjatuh dari ketinggian lebih satu meter dan tengoklah skrinnya, rosak teruk. 


Hanya petang semalam, saya berkesempatan untuk pergi ke Samsung Customer Service Center di Legenda Heights, Sg. Petani untuk menukar skrin yang baru. Kalau ikut rakan-rakan, depa suruh saya beli yang baru. Tapi saya sayang juga smartphone ni kerana ia banyak berjasa kepada saya.


Ini kali pertama saya ke Samsung Customer Service Center. Alhamdulillah baik juga layanan staf-stafnya. Tunggu kejap jer, dah sampai giliran. Namun....terbanglah duit saya....RM570 untuk gantian skrin baru. Tak sampai setengah jam dah siap S3 saya ditukar skrin.

S3 oh estriku.....

Lawatan singkat di sekitar Kuala Perlis.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bagi memenuhi permintaan saudara BM, hari ini saya buat entri tentang lawatan singkat ke beberapa lokasi di sekitar Kuala Perlis.

Tempat pertama yang saya pergi ialah Restoran Laksa Kak Su yang sangat popular di Perlis. Saya menikmati sepinggan laksa di sini dan membeli untuk dibawa balik ke rumah. Orang Perlis makan laksa ini bersama pulut udang.


Destinasi kedua ialah Masjid Al Hussain yang terletak berhampiran Jeti Kuala Perlis. Masjid terapung yang lengkap dengan wifi ini merupakan destinasi baru yang menjadi tarikan pelancong di Kuala Perlis. 


Destinasi ketiga ialah rumah sepupu saya di Sg. Berembang yang terletak beberapa km dari Kuala Perlis. Sepupu saya, Abang Leh mengusahakan perniagaan belacan madu. Belacan madunya terkenal sampai ke Singapura. Dah beberapa kali dia mendapat liputan TV dan surat khabar. Saya beli beberapa ketul belacan. Lepas tu sepupu saya bagi free beberapa ketul lagi.


Setakat ini sahaja catatan lawatan singkat di Perlis. Tak sempat nak pi Padang Besar dan beberapa destinasi lain. 

Al-Fatihah.

$
0
0

Kelihatan Rektor KUIN turut melawat arwah.

Hari ini seorang lagi orang kampung saya meninggal dunia. Kelmarin pun ada kematian. Cikgu Ali menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. InsyaAllah arwah akan di'simpan' pada pukul 4 petang nanti.

Sebentar tadi, saya berkesempatan melawat arwah. Semoga beliau ditempatkan besama-sama orang yang soleh.

Kuliah Dhuha oleh Prof. Madya Dr Sharifah Hayaati di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pagi tadi berlangsung Kuliah Dhuha yang disampaikan oleh penceramah terkenal, Prof. Madya Dr Sharifah Hayaati di Masjid Andalusia, Bandar Laguna Merbok. 

Ramai juga hadir especially kaum muslimat. 

Saya singgah sekejap sahaja coz ada program lain yang perlu dihadiri. 


Tahniah kepada penganjur yang telah berjaya merealisasikan program ini.

Meninjau Sekitar DUN Sg. Limau.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Esok akan berlangsung pilihanraya kecil DUN Sg. Limau. Kawasan ini memang antara laluan saya untuk balik ke kampung. 

Sekarang memang nampak meriah dengan bendera, poster, banner dan streamer yang dipasang sepanjang jalan di kawasan pilihanraya ini.


Saya berharap pilihanraya kecil kali ini berlangsung dalam suasan aman dan harmoni. Kepada pengundi-pengundi yang berdaftar di kawasan tersebut, tunaikan tanggungjawab anda esok. 


InsyaAllah malam esok kita akan tahu keputusannya.

Doa Akhir dan Awal Tahun.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Selamat Menyambut Tahun Baru 1435H.


Pagi ini saya sekadar ingin berkongsi doa menjelang ambang 1 Muharram.

Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.

Cuti Sem Bermula.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Apa khabar rakan - rakan semua?  Selamat bercuti kepada anda semua.

Saya pun bercuti juga. Tapi cuti saya mungkin lebih panjang daripada anda. Sebenarnya,  hari ini merupakan hari pertama cuti semester. Hari terakhir cuti ialah pada 23 Nov. 2013. Jangan jealous no...

Hari ini, saya bersihkan kawasan tanah yang sekangkang kera kat depan rumah. Trim sikit pokok-pokok tu dan buang apa yang patut..

Walaupun bercuti ada beberapa tugasan yang perlu saya siapkan sebelum cuti tamat. InsyaAllah, saya akan cuba selesaikan secepat mungkin.

Nak pi cuti-cuti Malaysia pun tak boleh lagi coz wife dan anak masih belum bercuti.

So...tunggu depa cuti, baru pi ke mana-mana...

Ada cadangan tempat-tempat menarik yang sering dikunjungi di sekitar tempat tinggal anda?

Jenazah senyum bila dikafankan.

Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar? Hari ini saya dan keluarga berkesempatan mengunjungi Pusat Sains Negara (PSN) Cawangan Utara di Gunung Keriang, Alor Setar. Sebenarnya suadah lama saya mendengar berita tentang kewujudan PSN kat situ. Kalau masa di K.L dahulu, saya sering berkunjung ke PSN di Bukit Kiara, tapi pagi tadi adalah kali pertama saya menjejakkan kaki di PSN Cawangan Utara.

Pusat Sains Negara ini terletak di kaki Gunung Keriang. Orang luar dari Kedah mungkin tak tau apa yang dimaksudkan dengan keriang. Anda tahu ke?


Untuk masuk ke PSN ni free jer. Kalau tak silap nak masuk PSN Bukit Kiara kena bayar. Memang sesuai untuk bawa anak-anak kecil yang masih bersekolah kerana kat sini depa boleh belajar macam-macam. Banyak segmen yang terdapat di situ yang menggunakan prinsip-prinsip tertentu berdasarkan teori saintifik.





Anak-anak kecil pasti teruja kerana dapat melakukan eksperimen ringkas di situ. Di samping itu, ada sesi penerangan yang disampaikan oleh sukarelawan/wati serta staf PSN. Memang menariklah..



Jangan lupa bawa anak-anak anda ke Pusat Sains Negara Cawangan Utara. Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Info lanjut boleh didapati dengan melayari http://www.psn.gov.my/.

Live Majlis Ihtifal Guru - Guru KAFA peringkat kebangsaan 2013.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Live dari  Dewan Muadzam Shah, Universiti Utara Malaysia. 



Johan keseluruhan pertandingan yang diadakan sempena majlis ini ialah negeri Pahang.

Tahniah diucapkan.

7 hari 7 malam di Muzium Padi.

$
0
0
  Negeri Kedah, negeri jelapang padi. Kalau kita hendak mengenali sejarah penanaman padi di Kedah, eloklah singgah di Muzium Padi, yang terletak berhampiran dengan Pusat Sains Negara Cawangan Utara.

Semalam, selepas melawat Pusat Sains Negara,  saya dan family berkunjung pula ke Muzium Padi.

Muzium Padi ini mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi yang melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta teknologi padi. 







Selain itu,  kita dapat menyaksikan panorama yang cukup indah dan menarik. Ia memaparkan tentang kehidupan masyarakat di kampung-kampung sekitar Gunung Keriang, Kedah.






Esok, Karnival 7 hari 7 malam akan berlangsung di Muzium Padi.  Semalam, saya lihat persiapan yang rancak sedang dibuat menjelang karnival ini.



Bas rempuh pondok pengawal SRK Convent Father Barre, Sg. Petani.

$
0
0
Seorang ibu yang sedang menunggu anaknya cedera parah, manakala seorang pengawal keselamatan cedera ringan akibat dilanggar sebuah bas yang terbabas.
Kejadian semalam berlaku di hadapan SRK Convent Father Barre, Sg. Petani.
Laluan tersebut merupakan jalan yang selalu saya guna untuk ke pusat bandar Sg. Petani.
Malang tak berbau...so kita kena sentiasa berhati-hati walaupun di mana kita berada.
Nasib baik tiada pelajar sekolah yang terlibat.

Bagaimana cara untuk menghalau burung Merpati?

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya nak minta pendapat kawan-kawan,  bagaimana caranya nak menghalau burung Merpati?

Selain terkenal dengan burung Merbok, di Laguna Merbok pun banyak terdapat burung Merpati.

Pada mulanya, burung-burung Merpati menghuni di rumah jiran saya. Lama kelamaan jumlahnya makin bertambah. Kini bahagian belakang rumah saya turut dihuninya. Kalau diamati betul-betul, boleh didengari pergerakannya di atas siling rumah.

Risau jugak nanti banyak najis burung akan terkumpul di situ dan menjejaskan kesihatan saya dan keluarga.

Rakan-rakan pernah alami situasi yang hampir sama? atau pernah dengar petua dari orang lain..kongsilah disini agar saya dan orang-orang yang mengalami masalah yang sama dapat mengatasinya.

Terima kasih.

Wordless Wednesday! -Nasi Mandy

Bellaria Little Chef 2013.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini ada satu program yang cukup menarik di Laguna Merbok iaitu kelas 'Bellaria Little Chef' yang dikendalikan oleh Pn Rohaida dan staf-stafnya. (bellaria-eve.blogspot.com)

Anak saya turut menyertai aktiviti ini. Memang seronok melihat foto-foto gelagat kanak-kanak menyediakan kek dan muffin. Petangnya anak saya bawa balik sebiji kek yang dihasilkan olehnya.

Mana tau suatu hari nanti mereka dapat menjadi chef sehebat En. Mat (Mat Gebu) atau Kak Yatie.

Sekurang-kurangnya cuti sekolah mereka hari ini diisi dengan aktiviti yang berfaedah.


Kali Pertama Guna Bitsrips.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama kali saya menggunakan 'Bitsrips'. Terima kasih kepada Mia (mialiana. com) yang memperkenalkan kepada saya tentang Bitsrips dalam entrinya baru-baru ini.

Ini status Bitsrips saya hari ini...

Viewing all 692 articles
Browse latest View live