![]() |
Kek Hari Lahir |
![]() |
Wajah-wajah ceria pelajar-pelajar kejuruteraan awam, C2T9b |
![]() |
Kek Hari Lahir |
![]() |
Wajah-wajah ceria pelajar-pelajar kejuruteraan awam, C2T9b |
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah pagi Jumaat tadi saya berkesempatan berkunjung ke Taman Jubli Perak, Sg. Petani. Sempat jugak saya jogging 3 pusingan di sekitar taman yang lanskapnya menarik.
Taman Jubli Perak yang dibuka pada tahun 1983 ini memang lokasi yang dipilih oleh kebanyakan warga S.P untuk beriadah khususnya pada hujung minggu.
Selain taman permainan kanak-kanak, ia juga mempunyai kawasan bersangkar saix besar yang menempatkan rusa dan burung-burung.
Walau bagaimana pun pihak berwajib harus memantau dan menyelenggara peralatan yang rosak. Selain itu, kedapatan remaja - remaja yang sedang hangat bercinta turut mencacatkan sedikit pemandangan lanskapnya.
Sajak utk isteri.....
Hebatnya Perempuan
oleh : UAI
ooo orang puang ...
mung bangung pagi ,
mung gerok suami ,
mung ajok suami berjemooh ,
mung jd makmung ,
mung masok ,
mung gosok baju suami ,
mung sedie kasut stokeng untuk suami ,
mung kuca tea ,
mung ato suami ke pitu pago ,
mung cium tangang ye ...
mung mitok maah ...
mung dok rehak ...
mung basoh baju pulok ,
mung pon lipak baju ,
mung kene tunggu van ikang pulok ,
mung beli laok maok ,
mung masok pulok ,
mung siang ikang ,
mung potong sayor ,
mung ggoreng ...
mung letih ...
mung dok rehak ...
tengohari ,
anok anok balik ,
anok tu lepo beg ngate ,
mung sabo ,
anok tu wak bising ,
mung redho ,
anok tu wak hhanya ,
mung senyum ,
anok tu nangih ,
mung tetak manih ...
mung taboh ...
mung dok rehak g ...
mung hidang makang tengohari ke anok ,
mung tukang suap ,
mung tukang basuh ,
mung tukang lap ,
mung tukang kkemah ...
sapa petang ...
mung dok rehak ...
suami pulok balek ,
mung belari cium tangang ye ,
mung mitok maah ,
mung hidang ke dye minung petang,
mung bagi senyumang ke ye ,
mung hiborkang ati ye ...
mung letih ...
mung nyando tepi meseng nyo ...
garib tibe ,
mung ajok suami g ddengo kuliah ,
mung sedie juboh suami ,
mung sarong ppioh suami,
mung hiborkang lagi ,
lagi dan lagi ...
malang tibe ,
mung jd permaysuri ,
mung bahagiakan suami ,
mung jd bidadari ...
dengan jalan ninglah mung akang dapak syurge ... amiin..
*hebak mung orang ppuang*
Sumber; WhatsApp group
![]() |
Foto: Whatsapp group Anak-anak Batu 9 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Marilah kita memperbanyakkan bacaan selawat ke atas Nabi junjungan kita, Muhammad S.A.W sempena ulangtahun hari kelahiran baginda. Baginda merupakan Rasul terakhir yang sepatutnya menjadi contoh tauladan kita dalam melayari kehidupan di dunia dan mengharapkan kebahagian di akhirat kelak.
" Allahhumma salli ala saiyidina Muhammad wa ala alisaiyidina Muhammad. "
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah hari ini saya berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Surau Jumaat Nurul Hikmah, Hotel De Palma, Ampang.
Kelihatan ramai warga asing khususnya dari negara Arab, Afrika dan lain-lain yang turut sama menunaikan kewajipan ini.
Saya difahamkan Surau Jumaat Nurul Hikmah merupakan satu-satunya surau hotel yang digunakan sebagai tempat solat Jumaat.
SZ: Cuti-cuti di Kuala Lumpur...
![]() |
Persembahan di Kidzania |
![]() |
Pembaca berita |
![]() |
Pekerja TNB |
![]() |
Polis |
![]() |
Pembuat burger |
![]() |
Pemanjat bangunan |
![]() |
Saintis |
![]() |
Doktor pakar |
![]() |
Bomba |
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terima kasih kepada En. Ben Ashaari dan Angah yang menguruskan jualan T-Shirt Kelab Blogger BenAshaari.com . T-Shirt yang ditunggu-tunggu telah selamat diterima pagi tadi.
Cantik logonya siap dengan tag www.lagunamerbok.blogspot.com . Kepada rakan-rakan blogger yang belum order bolehlah berbuat demikian.
Saya dah beli 2 helai T-Shirt lengan panjang
( hitam & putih). Harga T-Shirt lengan pendek RM30, manakala lengan panjang RM33. Berminat sila buka Fb Kelab Blogger BenAshaari.com atau lawat blog Ben Ashaari.
Dah beli?
![]() |
Tok Guru sedang mentahnik seorang bayi. |
![]() |
Rumah Tok Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat |
![]() |
Masjid Pulau Melaka |
![]() |
Sek. Keb Laguna Merbok, Bandar Laguna Merbok, Sg. Petani, Kedah. |
![]() |
Credi to:http://bangciknie90.blogspot.com/ |