Quantcast
Channel: LagunaMerbok
Viewing all 692 articles
Browse latest View live

Keputusan Tilawah Al - Quran Peringkat Negeri Kedah 2014 / 1435H.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya.
Johan (kiri) dan Naib Johan Qari (kanan)
Johan Qariah bersama ayah dan ibu.

Asrama Maktab Mahmud Alor Setar Terbakar.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita yang baru diterima..Asrama Maktab Mahmud Alor Setar terbakar.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada pukul 11.30 pagi tadi memusnahkan sebuah blok asrama yang berusia lebih 40 tahun dan menempatkan 20 orang pelajar. Walau bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan...ALHAMDULILLAH.

Bantulah pihak sekolah ini sekadar termampu.

Jom tengok foto yang saya dapat daripada Whatsapp Group ni.

Selamat Menghadapi PSPM2.

$
0
0
Kuliah pelajar-pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Tutoran pelajar-pelajar Kejuruteraan Awam

Tutoran pelajar-pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik

Tutoran pelajar-pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik merangkap mentee saya.

Tutoran pelajar-pelajar Kejuruteraan Mekanikal

Tutoran pelajar-pelajar Kejuruteraan Mekanikal

SZ: Sekejap jer....setahun sudah berlalu. Masa yang sangat penting tiba sebelum anda menuju ke menara gading. Good luck buat semua pelajar yang menduduki PSPM2 bermula hari ini hingga 29 April 2014.

Sekitar Bicara Santai Ustaz Haslin Baharim ( Bollywood ) di Laguna Merbok.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat bertemu kembali pada pagi Jumaat yang berkat ini.

Hari ini saya ingin berkongsi foto-foto sekitar Bicara Santai Ustaz Haslin Baharim ( Bollywood ) di Bandar Laguna Merbok  malam tadi.

Alhamdulillah ramai yang hadir di Masjid Andalusia. Ini pertemuan saya yang kedua dengan beliau.

Salam Perpisahan & Selamat Bercuti.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pensyarah-pensyarah Unit Matematik KMTK
Salam perpisahan buat pelajar-pelajar Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah sesi 2013/2014. Tinggal 1 paper jer petang nanti sebelum anda semua berangkat pulang ke kampung masing-masing.

Moga anda telah buat yang terbaik...dan good luck utk paper terakhir iaitu Fizik Kejuruteraan.

Kepada rakan-rakan pensyarah...selamat bercuti.

Kepada rakan-rakan blogger maaf coz lama tak singgah ke blog anda... Busy sangat dengan pelbagai aktiviti. In sha Allah....blogwalking akan dilakukan waktu cuti nanti. Terima kasih kerana terus singgah di sini.

Wordless Wednesday! - Musim Pelam lagi.

Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Bandar Laguna Merbok.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam telah berlangsung majlis pelancaran KRT  Bandar Laguna Merbok di Dataran Laguna.

Perasmian KRT Bandar Laguna Merbok oleh Ketua Pengarah JPNIN.
Penduduk BLM cukup bertuah kerana pelancaran KRT BLM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia, Dato' Azman Amin Bin Hassan.
Hadiah cabutan bertuah.
Untuk pengetahuan anda,  terdapat lebih 4000 buah rumah di Bandar Laguna Merbok dan dianggarkan populasi penduduknya lebih kurang 15,000 orang. Kewujudan KRT di Laguna Merbok diharap meningkatkan perpaduan dan integrasi penduduk tanpa mengira latar belakang kaum, ideologi politik dan agama.
Ahli-ahli KRT Bandar Laguna Merbok bersama-sama dengan Ketua Pengarah JPNIN.
Selain itu, ia diharap dapat menambahbaik kawalan keselamatan di Bandar Laguna Merbok.
Sumber: Fb KRT Bandar Laguna Merbok

Bagaimana dengan kawasan kediaman anda..dah ada KRT ke?

Iklan Jawatan Kosong di Hospital Pakar di Bandar Laguna Merbok.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hospital Pakar di Bandar Laguna Merbok

Apa khabar rakan - rakan semua?  Moga semuanya sihat.

Hari ini saya ingin war-warkan iklan jawatan kosong di Hospital Pakar yang baharu dibina di Bandar Laguna Merbok. 

Mana tau ada di kalangan anda, saudara mara atau rakan-rakan yang sedang mencari kerja berminat dengan bidang kerja yang ditawarkan (banner).

So...jangan tunggu lama-lama, nanti jawatan tersebut dapat kat orang lain.

Ok...setakat ini dulu.


Seniman Aziz Satar Meninggal Dunia- Al-Fatihah

Kenangan Jamuan Mentor-Mentee di Khory Steamboat.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Imbas kembali kenangan bersama mentee-mentee saya di minggu-minggu terakhir mereka belajar di KMTK. Jamuan yang dikendalikan oleh mentee-mentee sendiri diadakan di Restoran Khory Steamboat, Jln Tikam Batu, Padang Temusu, Sg. Petani.

Berselera mereka makan

Memang berbaloi makan kat sini coz terdapat pelbagai jenis hidangan dengan bayaran RM10 seorang (tidak termasuk minuman). Apatah lagi bawa student yang tengah membesar ni.. Makanlah sampai kenyang..
 
Antara hidangan  steamboat
 Murah dan sedap...Lagi pula yong tau fu yang dihidangkan adalah keluaran bumiputera. Kedai memproses yong tau fu tu terletak bersebelahan restoran tersebut.
Nasi goreng, bihun dan mee juga ada.
 Dikhabarkan restoran ini baru sahaja dibuka Januari lalu. RM10 tu adalah harga promosi...may be ia masih berlanjutan sampai sekarang.
Mentee-mentee sedang makan
Kalau nak pi, bolehlah call no. yang terdapat kat banner di bawah.


Terima kasih kepada mentee-mentee yang belanja saya makan.

Wordless Wednesday! - Selfie

Loghat Kedah/Utara SPM Kertas Julai 1981 Bahagian I.

$
0
0

Anda diberi 30 minit untuk menjawab soalan-solan berikut.

Sila jawab semua soalan. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan di bawah.

Markah lulus adalah 60 peratus.

 1.       Tulong dengag habih-habih na……toksah dok tebiang satni hang muleh kot

Ayat di atas kedengaran dalam satu perbualan Antara dua sahabat. Dalam kontek ini ayat tersebut merupakan

A)     Nasihat
B)      Amaran
C)      Gurauan
D)     Pujukan

 2.       Awat la yang hangpa dok tahana kat menatang depa bukan gheti apa……

“Tahana” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan perkataan

A)     Membelai
B)      Mendera
C)      Memberi makan
D)     Memandikan

 

3.       Susunkan perkataan-perkataan di bawah mengikut turutan yang paling dekat hingga paling jauh

I Tengalong
II Balin
III Punggai
IV Hawin
V Tauk

 A)     III, I, II, V, IV
B)      V, III, IV, II, I
C)      III, II, IV, I, V
D)     V, IV, II, I, III

 
4.       “Mangkaq, Menghelorp, Kelolo, Loklaq”

Perkataan manakah yang tak sepatutnya berada dalam kumpulan di atas

A)     Mangkaq
B)      Menghelop
C)      Kelolo
D)     Loklaq

 
5.       Perbuatan-perbuatan di bawah adalah reaksi manusia semasa ditimpa musibah

I Kelupoq
II Teghiak
III Meghaung
IV Keghyau

 Susunkan mengikut turutan dari kurang ke paling serius

A)     I, II, III, IV
B)      II, I, IV, III
C)      II, IV, III, I
D)     II, III, I, IV

 6.       Awang Bokceh terghjun keleborg habih selut belutin

Ayat di atas menceritakan perihal Awang Bokceh yang bermain

A)     Payung terjun
B)      Guli dalam tin
C)      Dalam Lumpur
D)     Dalam sungai

 
7.       Menaboq, meghedih, menanam, menyulam, mengerat, memukoi, mengughoi

Perakataan-perkataan  di atas adalah proses

A)     Pemiliharaan lintah dari benih kecil hingga dewasa
B)      Semaian padi hingga menuai
C)      Semaian getah hingga menoreh
D)     Penanaman kopi hingga bancuhan kopi

 
8.       Pak Arq la ni sesak tak sangga sekepiang ghabit pun haram aih

“Sekepiang ghabit” dalam ayat di atas merujuk kepada

A)     Binatang
B)      Perbuatan
C)      Duit
D)     Riba
 

9.       “Ghumbu, Ghempang  dan Isein” adalah ukuran untuk

A)     Kekuatan
B)      Keseronokan
C)      Kegilaan
D)     Kesedapan

 

10.   “Daih, Pelekorh, Highik, Ghenyak” adalah perbuatan untuk

A)     Membuat kenduri
B)      Membaca buku
C)      Mengalahkan lawan
D)     Menghidupkan api

 
11.   Mokalo hat pri depa celapak meneghu

“Celapak meneghu” dalam ayat di atas boleh digantikan dengan

A)     Timpa kelam
B)      Gelak Wakwit-wakwit
C)      Pulun habih ghiang
D)     Singkei gigi

 

12.   “Kebah” ataupun “Melanuih” adalah perkataan-perktaan yang merujuk kepada

A)     Tahap kegemukan seseorang
B)      Tahap kesihatan seseorang
C)      Tahap keseronokan bermain
D)     Tahap kepayahan soalan peperiksaan

 
13.   Hang kena ……..… , pi la sua …………..baghu depa uloq mai

Perkataan-perkataan yang sesuai dalam ayat di atas adalah

A)     ranggi, bangkong
B)      jadi ponen, ketorg
C)      hemoi, domoi
D)     baloq, cenonot
 

14.   “Daje, pelaq, pulaih hawaq” adalah perkataan-perkataan yang digunakan sebagai

A)     Pujukan
B)      Pujian
C)      Makian
D)     Jampian

 
15.   “Tobat dan panah lintaq” adalah perkataan-perkataan yang sering digunakan semasa

A)     Bersumpah
B)      Bermain hujan
C)       Bermain wau
D)     Bersenam
 

16.   “Teghebei, Cakplong, Jengkek dan Toi” adalah jenis-jenis

A)     Makanan pembasuh mulut
B)      Senjata orang dewasa
C)      Pakaian tarian makyong
D)     Permainan kanak-kanak

 

17.   “Kambe, galang geta, tibaq layaq, patoq” merupakan bahagian-bahagian pada

A)     Perahu
B)      Kereta Lembu
C)      Patong Wayang Kulit
D)     Rumah

 

18.   “Seghork, Gedeho’q, Mentara, Stimet, Ketoq” adalah istilah-istilah yang digunakan semasa

A)     Menuai padi
B)      Membuat kenduri
C)      Menjual Lembu dan Ayam
D)     Menoreh getah waktu hujan

 
19.   Lengkapkan ayat di bawah.

Takpa, takpa, satgi habih temakau tinggai……..

A)     Cempegha
B)      Cemerghkap
C)      Celepa
D)     Cemuih
 

20.   “Bengkiang, ketegaq dan peghongoih” merujuk kepada

A)     Ayam yang dah tua dank eras
B)      Makanan yang dimasak di dalam talam
C)      Perangai manusia yang tak elok
D)     Kereta yang hamper rosak

SZ: Cuba jawab setakat mana boleh. ..Faham ke loghat Kedah?

Gambar-gambar Banjir di Mekah.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Subhanallah hujan mencurah-curah turun di bumi Mekah. Tanah yang sebelum ini kering kini digenangi air.

Semuanya kehendak Allah.

Moga tiada kehilangan jiwa...


SZ: Kat Laguna Merbok pun tengah hujan lebat sekarang ini.

Promosi Haseena Homestay , Kangar, Perlis.

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat berhujung minggu kepada semua rakan blogger dan silent readers.

Hari ini saya nak promosi homestay milik adik ipar yang terletak di Kangar,  Perlis.

Murah, luas dan selesa. Lengkap dengan perabot dan fasiliti.

Kalau anda berkunjung ke Kangar, sama ada nak melancong,  makan kenduri atau apa-apa event yang memerlukan anda bermalam di sana, silalah hubungi no. tel yang tertera.

In sha Allah, caj yang dikenakan amat berpatutan.

Ibu

$
0
0

Dato Peramu ke Pulau Jawa
Sebagai tetamu mendapat kurnia
Ingat ibumu bersabung nyawa
Ketika lahirmu ke alam dunia

Seorang tua baca mantera
Atas beranda di tepi balai
Iringkan doa moga sejahtera
Jasamu bunda tidak ternilai

Nukilan; Abd Halim Shafie, BLM.



Segmen The Liebster Award- LagunaMerbok DiTag oleh Abe Kie.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sudah lama saya tak bersegmen. Hari ini saya cuba jawab soalan-soalan yang telah ditanya oleh ABE KIE dalam segmen

                  The Liebster Award

Menurut Abe Kie
  "Games" ini memerlukan kita menjawab soalan dan menyediakan soalan kepada mangsa tag kita yang seterusnya. Perkara ini merupakan syarat dalam permainan ini. Jawab soalan dari blogger yang tag kita, kemudian kita pula menyediakan beberapa soalan agar blogger yang menjadi mangsa tag kita itu pula menjawab soalan yang disediakan oleh kita.

 May be rakan-rakan blogger kenal Abe Kie yang baru sahaja mempunyai domain blog sendiri:                                                                               
                                                        http://www.zukidin.com/ 
INILAH SOALAN-SOALAN MAUT ABE KIE DAN JAWAPAN DARIPADA SAYA.
 
1. Siapakah date pertama anda dan di manakah anda berdating dengannya?
    *Maaf...Soalan ni tak dapat dijawab.
2. Nyatakan tiga saat terindah di dalam hidup anda.
    *Menerima Anugerah Pelajar Cemerlang MADA peringkat negeri Kedah untuk peperiksaan Sijil Rendah       Pelajaran (SRP) 1992 daripada Menteri Besar Kedah ketika itu, Tan Sri Osman Arof.
    *Menamatkan pengajian peringkat Sarjana pada tahun 2005.
    *Menulis entri pertama blog ini.
3. Apakah kereta/motosikal pertama yang anda miliki?
    *Moto KRISS ..sampai sekarang duk pakai lagi.
 
4. Apakah menu masakan yang pertama sekali anda belajar dari ibu tersayang?
    *Serondeng mama
5. Sekiranya anda mengalami tekanan, apakah yang anda lakukan?
    *Zikrullah.. 
6. Di manakah anda mendapat pendidikan tinggi?
    * USM Penang dan UM K.L
7. Destinasi pelancongan yang paling jauh pernah anda pergi?
    *Danau Toba, Indonesia.
8. Apakah tujuan anda menulis blog?
    *Berkongsi info dan buah fikiran.
9. Sekiranya kawan baik anda sendiri menikam anda dari belakang, apakah tindakan anda?
    *Jika perlu..bersemuka dengannya.
10.Siapakah individu yang telah mengubah hidup anda?
    *Ibu bapa dan keluarga saya.
11. Sekiranya anda tidak melakukan pekerjaan yang anda buat sekarang, apakah pekerjaan yang bakal            anda ceburi?
   *Kalau saya tak belajar betui-betui...mungkin saya jadi pesawah. 
   *Cita-cita sebenar nak jadi engineer, tapi tak tercapai. Alhamdulillah sekarang dapat mengajar bakal-bakal      engineer.
Saya nak tagkan pula kepada 6 orang rakan blogger. Yang tak terpilih jangan kecik hati.
'Killer question' nya sama macam Abe Kie tanya saya...Lepas jawab dalam entri, boleh tag blogger lain...
1.   http://relakssminda.blogspot.com/#axzz31TaOyEon
2.   http://aniesandyou.blogspot.com/
3.   http://kniedaz78.blogspot.com/
4.   http://pokok2u.blogspot.com/
5.   http://yatiememories.blogspot.com/ 
6.   http://kamsiah-yusoff.blogspot.com/
Tolong jawab na...Terima kasih.

Wordless Wednesday! -Harumanis Perlis.

$
0
0
Harumanis yang sudah masak.
Sedap dimakan dengan pulut.

Sejarah harga (1 kg) untuk rujukan:
Harga musim 2011 = RM16-18
Harga musim 2012 = RM17-20
Harga musim 2013 = RM20-22 (mencecah RM30 pada akhir musim)

Jadual harga musim 2014:
1 Mac hingga 31 Mac = RM23 / kg (pra tempahan)
1 April hingga 2 Mei = RM25 / kg
3 Mei hingga 15 Mei  = RM28 / kg
15 Mei ke atas + RM35 / kg

*Sumber harga:http://www.harumanisperlis.com/harga-kaedah-pembelian

Selamat Hari Guru.

Ronda - ronda sekitar kampung.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini saya pulang ke kampung dan kesempatan ini diambil untuk bersiar - siar sekitar kampung.

Musim penanaman padi baru sahaja bermula.  Anak - anak padi baru sahaja tumbuh menghijau. Ada juga pesawah yang tengah membajak bendang mereka.

Alhamdulillah hujan rahmat turun. Hujan amat diperlukan ketika ini supaya bekalan air yang cukup untuk anak padi. Inilah sebahagian kawasan jelapang padi di negeri Kedah Darul Aman.

Pam digunakan untuk memindahkan air dari tali air ke bendang.

Tali air inilah yang menjadi tempat saya berlatih  berenang suatu ketika dulu.
Ada anak padi yang tidak tumbuh akibat serangan siput gondang emas.

Tali air juga sumber protien. Ikan ditangkap dengan menggunakan tangkul.

Jentera ini banyak berjasa kepada para pesawah. Ia membantu membajak sawah.

Al - Fatihah: Kemangkatan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

$
0
0

KUALA LUMPUR 21 Mei - Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat di Hospital Pantai Ipoh, Perak pada pukul 12.20 pagi ini.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhkriz Tun Mahathir dalam satu kenyataan berkata, jenazah almarhum akan disemayamkan di Dewan Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Setar bagi penghormatan terakhir pada sebelah pagi oleh para pembesar dan orang kenamaan, manakala oleh orang ramai mulai pukul 1 petang hingga 3 petang.

Jenazah akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar selepas solat asar.

Bendera negeri, Persekutuan dan lain-lain akan dikibarkan pada separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama tiga hari sehingga 23 Mei dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan.

Sebagai penghormatan ke atas kemangkatan Tunku Bendahara Kedah, Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, hari ini diisytiharkan sebagai hari cuti peristiwa bagi seluruh Kedah. - UTUSAN ONLINE
Viewing all 692 articles
Browse latest View live