Quantcast
Channel: LagunaMerbok
Viewing all 692 articles
Browse latest View live

Wordless Wednesday!


Kacau Bubor Sora.

$
0
0

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

Hari ni  dah 21 Muharram 1434H. Biasanya Kat area sini kalau mai bulan Muharram.. aktiviti masak bubur Asyura atau istilah tempatannya mengacau bubor Sora dijalankan.
Pernah Kacau bubor Sora?



Pelajar Malaysia meninggal dunia selepas berjoging di London.

$
0
0
Allahyarham Mohd Fazli Fadzillah

LONDON: Seorang pelajar Felda dari Universiti Lim Kok Wing, Mohd Fazli Fadzillah, 24 yang meninggal dunia selepas berjoging pada Rabu lalu telah memberikan satu ucapan penuh emosi dalam satu majlis pada bulan lalu.

Dalam ucapannya allahyarham mengucapkan terima kasih kepada Felda kerana mengabulkan impiannya untuk melanjutkan pelajaran di luar negara.

Allahyarham menyampaikan ucapannya di hadapan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan serta  Pengarah Besar Felda, Faizoull Ahmad di kampus universiti berkenaan di London.

Dalam ucapannya, allahyarham berkata, “Masih segar lagi dalam ingatan saya hari bersejarah di mana saya telah dipilih antara 100 orang pelajar untuk melanjutkan pelajaran satu semester di luar negara. Sukar saya hendak mempercayainya. Sejak di sekolah menengah, saya mempunyai impian untuk menjejakkan kaki di negara ini, berjalan di kalangan warganya dan menghirup udara negara ini. Ia adalah satu impian yang menjadi kenyataan. Terima kasih Felda,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh dari pelajar-pelajar lain yang datang bersama-sama dengannya untuk melanjutkan pelajaran di tahun akhir di kampus Univerisiti Lim Kok Wing di London.

Semasa ucapannya, allahyarham mengimbau kembali pada hari pertama dia tiba di London, "Malam itu sejuk, saya teringatkan cuaca panas di Malaysia, saya rindukan kampung halaman, saya rindukan ayah, saya rindukan ibu, saya rindukan rakan-rakan, asam pedas ikan pari dan keropok lekor. Tetapi ini bukan satu percutian atau berbulan madu bagi kami. Kami mempunyai satu misi, kami perlu mengharungi banyak rintangan dan bersama kami perlu berubah untuk Felda dan negara kami Malaysia."

Ucapan bersemangat dan penuh emosi itu merupakan ucapan terakhir bagi pelajar Creative Imaging dan Digital Photography dari Felda Papan Timur, Johor, yang rebah dan meninggal dunia pagi semalam ketika menghadiri program empat hari Kepimpinan Belia Felda di Chingford.

Pengarah Pendidikan Malaysia di England dan Ireland, Dr Mohd Anizu Mohd Nor yang menghadiri program berkenaan yang bermula pada Selasa lalu berkata, allahyarham Fazli telah pergi berjoging pada paginya dan kembali semula pada pukul 8 pagi sebelum rebah di dewan makan. Bagaimanapun, allahyarham pulih dan mengambil secawan kopi lalu keluar semula sebelum rebah untuk kali kedua.

"Anggota paramedik dan seorang doktor yang tiba kemudian cuba memberikan bantuan perubatan namun allahyarham disahkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi," katanya.

Mayat mangsa telah dibawa ke pejabat koroner Essex dan Pengarah Pengembumian dari London Timur telah dihubungi bagi urusan membawa jenazah ke sebuah hospital. Mayat mangsa dijangka akan dibedah siasat sebelum dibawa pulang.

Dr Anizu juga berkata urusan untuk membawa dua orang ahli keluarga allahyarham telah dibuat dan salah seorang darinya adalah bapa allahyarham yang akan diterbangkan ke London.

Kejadian itu telah mengejutkan pelajar-pelajar lain yang berada di Pusat Aktiviti Gilwell, Chingford  dan ada di antara mereka yang menangis apabila mendengar berita tersebut.

Program tersebut kemudian diteruskan dengan bacaan doa untuk allahyarham Mohd Fazli.

Credit to:http://duniaitu.blogspot.com                                           Sumber asal:NST 6 Dis 2012


SZ: Takziah buat keluarga Allahyarham Mohd Fazli Fadzillah. Al-Fatihah..

Dulu Kopi Tahi Musang, Kini Kopi Tahi Gajah.

$
0
0
ISTERI seorang pengembala gajah mengambil biji kopi daripada najis haiwan itu.

BANGKOK - Kira-kira 20 ekor gajah mengeluarkan najis yang mengandungi biji kopi di sebuah pusat pemuliharaan haiwan itu di wilayah Chiang Rai, utara Thailand.
Gajah-gajah itu diberikan makan biji kopi yang kemudian dikeluarkan bersama najis haiwan tersebut.
Biji kopi itu dijual pada harga AS$1,100 (RM3,361) bagi setiap satu kilogram (kg) yang merupakan antara yang termahal di dunia.
Kopi yang dihasilkan daripada najis haiwan itu dikenali sebagai Black Ivory.
Beberapa hotel mewah di dunia menawarkan minuman tersebut kepada para pelanggan pada bulan lalu yang bermula di utara Thailand diikuti Maldives dan kini Emiriyah Arab Bersatu.
Harga untuk secawan kopi itu ialah AS$50 (RM152.77).
"Apabila seekor gajah memakan biji kopi, perut haiwan itu menguraikan protein yang terdapat pada kopi yang menjadi punca utama ia menjadi pahit," kata Blake Dinkin yang membelanjakan AS$300,000 (RM916,649) untuk memajukan penghasilan kopi tersebut.
Sebelum mengemukakan cadangan kepada Yayasan Gajah Segi Tiga Emas yang mengendalikan pusat pemuliharaan itu, Dinkin menyatakan dia bekerjasama dengan seorang pakar haiwan yang berpangkalan di Kanada untuk melakukan ujian darah di beberapa zoo gajah.
Ujian itu menunjukkan gajah-gajah berkenaan tidak menyerap sebarang bahan kafeina kerana memakan biji kopi.
Menurutnya, gajah memakan 33kg biji kopi untuk menghasilkan 1kg kopi Black Ivory.
"Rasa kopi itu menakjubkan," kata isteri seorang warga Amerika Syarikat, Asleigh Nelson di sebuah hotel.
Sebelum ini, Indonesia turut terkenal dengan kopi luwak yang dihasilkan menerusi najis musang.- Agensi


SZ: Pelik-pelik manusia sekarang, kerana nakkan kepuasan dan kesedapan sanggup buat apa sahaja. 
....saya suka kopi yang original.
may be lepas  ni akan ada kopi tahi lembu, kopi tahi kambing.....


Malaysia atau Thailand?

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Semoga anda semua ceria pada hujung minggu ni. Malam ini akan berlangsung satu perlawanan penting peringkat separuh akhir Piala AFF Suzuki antara pasukan Harimau Malaya dengan Thailand. Harapan saya... semoga pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal ini berjaya malam ni.

Jangkaan anda siapa yang menang malam ni?

Bingkisan Dari Palestin.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Hari ini saya sekadar ingin berkongsi tentang kejadian yang berlaku di bumi Palestin. Semoga kita dapat ambil pengajaran daripadanya.




Asy-Syahid (gambar) ialah Khalil al-Sharif Khalil Rahman. Beliau menemui syahid 16 tahun yang lalu. Kuburnya terpaksa dibuka untuk membolehkan penduduk sekitar menanam para syuhada yang baru di sebelahnya. Sudah menjadi kelaziman bagi penduduk Palestin untuk menyatukan jenazah pada liang lahad yang sama dan juga mengebumikan jenazah baru pada kubur yang telah lama digunakan. Namun kejadian yang me
ngejutkan telah berlaku apabila selepas ia dibuka, jasad Khalil masih kekal utuh tidak dimamah oleh tanah. Keadaan jenazah nampak seperti baharu saja dikebumikan satu jam yang lalu. Satu jari telunjuknya tegak, seperti orang tengah melakukan tasyahud di dalam solat. Maha Suci Allah di atas apa yang Dia telah perlihatkan!

Dan benarlah seperti firman Allah yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah (bahawa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya."

(Surah al-Baqarah : 154) 

Credit to: Fb Akademi Al-Quran

Wordless Wednesday!

Santai di Bendang.

$
0
0

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

Saya bersiaran dari sawah yang hijau terbentang luas, sambil disapa angin sepoi 2 bahasa. Sebenarnya kaki ni  dah Lama tak turun ke bendang. Dulu2 lintah dan pacat dah jadi seperti teman..Kini hanya tinggal kenangan.  sekadar ambil foto utk tatapan rakan2..
Anda pernah turun ke sawah?






Aku Terima Nikahnya...

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Maaf rakan2 semua coz saya tak bersua dan tak bw hampir seminggu.


Selamat Pengantin Baru buat adik saya Khairul Anuar dan pasangannya Rima Haryanti. Majlis kenduri pihak perempuan telah berlangsung pd hari Sabtu yg lalu di Teluk Intan. 




InsyaAllah, majlis kenduri di rumah ayah saya akan berlangsung pd 22 Dis. 2012. Jemputlah datang ke teratak keluarga saya di Batu 9, Kota Sarang Semut.


Shopping Kenduri.

$
0
0

Assalamualaikum Dan salam Sejahtera buat semua.
Hari ni saya ambil cuti coz byk urusan kenduri yg belum selesai.
Mula2 pi Tesco Stargate, lps tu kedai borong hasil laut.  Skrg ni Kat Pekan Rabu Alor Setar..
.shopping utk barang2 kenduri..
lps ni balik umah sat.  Ptg nanti keluar lagi coz ada lagi barang2 keperluan kenduri yg perlu dibeli. ok...setakat ni dulu.


Maklumat Tentang Isu Semasa di Sungai Petani.

$
0
0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua rakan-rakan blogger dan silent readers...
Daerah Kuala Muda, Kedah

Pagi ini Laguna Merbok berada dalam keadaan tenang dan damai seperti selalu. Saya percaya kawasan Sungai Petani dan sekitarnya juga sama. Tidak berkeadaan darurat atau hura-hura seperti yang digembar-gemburkan.

Ramai teman yang menelefon dan menghantar sms bertanyakan tentang isu semasa di Sungai Petani. 

Melalui pemerhatian saya, keadaan di S.P khususnya di Laguna Merbok amat baik dan kehidupan berjalan seperti biasa. 

Beberapa hari yang lalu (Rabu), saya turut melalui kawasan berhampiran dengan Flat Paya Nahu. Keadaannya seperti biasa dan saya lihat ramai orang berkunjung di pasar malam Taman Ria Jaya.

Berikut ialah maklumat yang saya dapat daripada akhbar Sinar Harian online berhubung isu ini

36 ditahan terlibat dalam kes gaduh
ALOR SETAR - Polis Kedah menahan 36 orang yang dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Sungai Petani bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim.

   
Katanya semua tahanan yang berumur antara 18 hingga 30-an itu kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, di Sungai Petani.
   
Beliau berkata tangkapan terakhir dibuat pada 4.30 pagi tadi di sekitar Sungai Petani dan akan menahan beberapa lagi suspek berdasarkan maklumat yang diperoleh menerusi soal siasat ke atas tahanan.
   
"Kita tangkap semua yang terlibat. Polis tak akan berkompromi dengan sesiapa yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan keadaan hura-hara," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.
   
Mengenai pihak yang menyebarkan maklumat palsu menerusi media sosial, blog dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bahawa berlakunya rusuhan di daerah Kuala Muda terutama Sungai Petani, Ahmad berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri akan menyiasat dan mengambil tindakan ke atas pihak yang menyebarkan maklumat yang tidak benar berkaitan situasi di daerah berkenaan.
Katanya polis turut mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebar maklumat palsu dan mencetuskan keadaan yang kurang menyenangkan.
   
Ahmad berkata semalam pihaknya mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua agama, pemimpin politik dan wakil rakyat daerah Kuala Muda di IPD Kuala Muda bagi menerangkan situasi sebenar supaya mereka boleh menyampaikan maklumat yang betul kepada masyarakat setempat.
   
Katanya apa yang berlaku hanyalah pergaduhan kecil antara kumpulan anak muda dan bukannya rusuhan seperti yang digambarkan dalam blog dan media sosial.
   
Beliau juga menegaskan kepada golongan muda agar tidak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang kerana perkara tersebut membabitkan soal keselamatan.
   
"Kita mampu untuk tenteramkan keadaan tersebut jika masyarakat memberi kerjasama untuk mengharmonikan situasi ini. Kita juga sebarkan maklumat tepat dalam laman sosial Facebook kepada masyarakat dan kita tak sembunyikan apa-apa fakta," katanya.
Ahmad turut memberi amaran keras kepada penyebar maklumat palsu agar segera menghentikan perbuatan itu kerana katanya maklumat yang berbentuk provokasi dan sensasi berupaya untuk mencetuskan masalah perkauman sekali gus mengugat ketenteraman awam.
   
Katanya dakwaan kematian akibat pergaduhan antara kaum juga tidak wujud seperti yang digambarkan dalam berita di laman sosial dan pihak polis kini giat melakukan kawalan di daerah itu.
   
"Saya dah pantau keadaan di Sungai Petani dan saya lihat keadaan normal, masyarakat melakukan aktiviti harian dan kedai buka macam biasa. Tak ada kuil atau rumah ibadah lain terbakar seperti yang dilapor oleh blogger," kata Ahmad.  - Bernama


SZ: Semoga negara kita terus aman damai.

Majlis Walimah Adik Khairul Anuar dengan Rima Haryanti.

$
0
0

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.
Alhamdulillah selesai sudah majlis walimah adik Khairul Anuar dgn pasangannya Rima Haryanti. Selamat pengantin baru...Moga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Terima kasih kepada saudara-mara,  jiran tetangga dan rakan-rakan yg sudi hadir membantu menjayakan majlis ini.
Utk pengetahuan rakan2 blogger dan pembaca, majlis kenduri ini diadakan secara gotong-royong walaupun di kebanyakan tempat telah menggunakan perkhidmatan katering. Syukur masih utuh semangat kejiranan di kampung saya.
Terima kasih.





Nuffnang CPUV Campaigns 2012.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua rakan blogger dan pembaca LagunaMerbok.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ini dan klik pada iklan Nuffnang yang ada. Walaupun trafik ke sini taklah banyak sangat namun banyak juga CPUV pada tahun ni. Alhamdulillah...ada 22 semuanya. Terima kasih juga kepada Nuffnang.

Belum cash out lagi CPUV ni dan CPC yang dapat. Bagaimana dengan anda?

Campaign
Blog
Start Date
Status
Maxis Roaming Peace Of Mi...
lagunamerbok.blogspot.com
26 Nov 2012
On Going
Sunway Education Applicat...
lagunamerbok.blogspot.com
01 Dec 2012
On Going
Taylors University Like A...
lagunamerbok.blogspot.com
07 Dec 2012
On Going
Nokia Lumia Asha Year End
lagunamerbok.blogspot.com
22 Oct 2012
Credited
Baskin Robbins Elections
lagunamerbok.blogspot.com
17 Oct 2012
Credited
Twisties New Pack Launch
lagunamerbok.blogspot.com
01 Oct 2012
Credited
VW Passat SE
lagunamerbok.blogspot.com
01 Oct 2012
Credited
GSC: The Cold Light of Da...
lagunamerbok.blogspot.com
30 Aug 2012
Credited
GSC: The Possession
lagunamerbok.blogspot.com
24 Aug 2012
Credited
DiGi Prepaid Mass Promo
lagunamerbok.blogspot.com
13 Aug 2012
Credited
NEF Expendables 2
lagunamerbok.blogspot.com
10 Aug 2012
Credited
Michelin Pilot Experience
lagunamerbok.blogspot.com
10 Aug 2012
Credited
Astro Mana Hilangnya Juwi...
lagunamerbok.blogspot.com
16 Jul 2012
Credited
DiGilympics
lagunamerbok.blogspot.com
09 Jul 2012
Credited
Unilever Walls Cornetto U...
lagunamerbok.blogspot.com
08 Jun 2012
Credited
Celcom SOX Drum & Bass
lagunamerbok.blogspot.com
01 Jun 2012
Credited
UIP Madagascar 3
lagunamerbok.blogspot.com
30 May 2012
Credited
FNCC Coke Euro 2012
lagunamerbok.blogspot.com
21 May 2012
Credited
TM Kaki Bola Sponsorship
lagunamerbok.blogspot.com
14 May 2012
Credited
Maxis iPhone 4S Refresh E...
lagunamerbok.blogspot.com
02 May 2012
Credited
Samsung Olympics Bloggers...
lagunamerbok.blogspot.com
18 Apr 2012
Credited
Nokia NwNp
lagunamerbok.blogspot.com
12 Feb 2012
Credited

Persediaan-persediaan Menghadapi Banjir.

$
0
0


      


 Credit to:http://h2o.water.gov.my/v2/fail/Cartoon.htm

Wordless Wednesday!


Gubahan Paling Unik Pernah Ku Lihat.

$
0
0
Credit to: Syafriza Syuhada

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua 

Pagi ni saya nak share foto gubahan untuk majlis pertunangan/perkahwinan yang paling unik pernah saya lihat. Foto ni dapat dari Fb akan setugas. Mungkin lepas ni MAMA AINI boleh cuba buat gubahan macam ni pulak.

Apa pendapat anda tentang gubahan ini?

Sekolah Kebangsaan Laguna Merbok bakal dibuka tahun depan?

$
0
0
Assalamualaikum dan  Salam Sejahtera.

Sek. Keb. Laguna Merbok

Alhamdulillah... Menurut pemerhatian saya, SK Laguna Merbok dah hampir siap pembinaannya. Persoalannya ialah adakah sek. rendah yg baru dibina ini akan dibuka untuk memulakan sesi persekolahan pada tahun depan ( 2013)?


Harapan saya agar sekolah ini dapat memulakan sesi persekolahan secepat mungkin coz ramai warga Laguna Merbok sedang menanti untuk menghantar anak--anak mereka ke sekolah ini.


Semoga segala urusan berkaitan dengan Sek.  Keb.  Laguna Merbok berjalan lancar.


2012 di penghujung...

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera


Sedar atau tidak sebenarnya kita telah berada di penghujung tahun 2012. Banyak peristiwa yang telah dilalui pada tahun ini. Ada yang suka dan ada yang duka.

Ramai juga saudara mara dan kenalan yang telah meninggalkan kita. Alhamdulillah kita masih lagi bernyawa sehingga kini. Dunia pun masih belum kiamat seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

So...rakan-rakan dah pasang azam untuk tahun 2013 ke?

Selamat Tahun Baru 2013.

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Kita diambang tahun baru 2013. Selamat menyambut tahun baru dan selamat bercuti buat yang bercuti esok. Esok, saya kerja macam biasa. Setiap kali tiba tahun baru, maka bertambahlah umur saya setahun lagi.
Oklah sampai di sini dulu.

>>>>>2013<<<<<



Bermulanya Sebuah Kehidupan.

$
0
0
Hari ini hari yang cukup istimewa buat diriku. 36 tahun sudah berlalu. Pukul 12.05 pagi tanggal 1 Januari 1977 bermulanya sebuah kehidupan.

Viewing all 692 articles
Browse latest View live